SEWAAN & PEMBEKALAN KHEMAH PASIR GUDANG & JOHOR BAHRU

Dimiliki sepenuhnya oleh satu-satunya pengusaha wanita di Johor iaitu Norra binti Salim. Syarikat ini dahulunya dikenali sebagai NNS Best dan diperbaharui nama pendaftaran syarikat kepada TGV pada 02 Mei 2018. Syarikat ini mula ditubuhkan pada 23 Julai 2010 dan pada awalnya hanya menyediakan perkhidmatan penyewaan kanopi untuk orang perseorangan bagi majlis-majlis kenduri kahwin dan seumpamanya di Pasir Gudang dan Johor Bahru.

Bermula tahun 2011, dengan usaha yang gigih, syarikat ini telah pun berkembang pesat dengan memberi khidmat tambahan iaitu perkhidmatan katering.

Pada tahun 2012, syarikat juga telah melebarkan perkhidmatannya dengan membuat servis sewaan lori. Selain daripada terus memberikan khidmat sewaan khemah dan katering , syarikat ini juga terus menapak setapak kehadapan dengan memberi sewaan lori kepada masyarakat setempat. Tahun bertukar tahun, syarikat ini terus berkembang pesat dan aktif memberikan perkhidmatan yang lebih profesional dengan mutu kerja yang lebih efeksen dengan memiliki organisasi yang lebih tersusun.

Pada tahun 2013 pula, syarikat telah menghasilkan laman web yang lebih dinamik, informatif dan mesra pelanggan dengan menawarkan berbagai produk kanopi dan kanvas serta kelengkapan samada untuk jualan mahupun sewaan. Dengan tawaran yang menarik beserta dengan harga yang berpatutan dengan produk yang sangat berkualiti, syarikat ini berjaya menarik lebih ramai pelanggannya untuk mendapatkan perkhidmatan mereka.

Syarikat ini akan terus berusaha dengan gigih, bijak dan kreatif bagi memenuhi keperluan semua pelanggan dan juga bakal pelanggan yang mencari produk-produk yang berkualiti dengan cara yang mudah dan pantas. Berbekalkan 8 tahun pengalaman dalam industri ini, kami adalah pakar dalam penyewaan dan pembuatan khemah dan aksesori. Klien kami termasuklah syarikat-syarikat ternama di Johor. Maka, tidak hairanlah mengapa kami menjadi pilihan terunggul untuk sebarang majlis. Kerana kamilah #RakanKhemahAnda

Close Menu
× Nak tempah khemah?